Batuk berdarah (Hemoptisis)

oie_v1Tz2a2E8At2

Apa khabar semua, artikel yang ingin tcm kongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan hemoptisis. Hemoptisis adalah suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami batuk sehingga mengeluarkan darah. Keadaan ini sekiranya dialami oleh seorang yang masih muda, ianya mungkin tidak berbahaya serta dapat ditanggani dengan segera.

Akan tetapi, sekiranya dialami oleh seseorang yang telah pun berusia, ianya mungkin boleh menjadi petanda yang berbahaya kepada mereka. Lebih membimbangkan lagi apabila mereka juga merupakan salah seorang perokok tegar.

 

Faktor Penyebab Hemoptisis

Terdapat pelbagai sebab yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami batuk berdarah atau hemoptisis. Antaranya ialah :

  • Bronkiektasis : Faktor ini membuatkan penderitanya mengalami penumpukan lendir di dalam saluran pernafasan.
  • Bronkitis : Faktor yang ini pula kebiasaannya tidak membuatkan keadaan penderita batuk berdarah menjadi semakin serius ataupun sehingga mengancam nyawa mereka.
  • Tuberkulosis atau TBC : Termasuk sebagai salah satu jangkitan pada paru-paru yang parah. Selain batuk darah, penderita juga akan mengalami demam dan peluh yang berlebihan.
  • Penyakit Edema Paru : Pesakit yang mengalami batuk darah yang disebabkan oleh edema paru akan memiliki masalah pada jantung. Selain itu, darah yang dikeluarkan ketika batuk juga akan mempunyai tekstur berbuih serta berwarna merah jambu.
  • Jangkitan Paru-Paru : Selain batuk darah, penderita juga akan mengeluarkan kahak berwarna atau bernanah serta sesak nafas yang disertai demam.

 

Gejala-Gejala Hemoptisis

Gejala bagi pesakit yang menderita batuk berdarah adalah berbeza-beza mengikut sebab sebenar yang membuatkan mereka mengalami batuk berdarah tersebut. Walaupun begitu, berikut disenaraikan juga beberapa gejala-gejala umum yang dialami oleh pesakit yang menderita batuk berdarah.

  • Rasa panas pada bahagian tekak
  • Rasa gatal pada bahagian tekak dan sering rasa ingin batuk
  • Darah yang keluar ketika batuk adalah darah segar yang berwarna merah muda
  • Kurang selera makan
  • Muka kelihatan pucat serta berat badan semakin menurun

 

Langkah Mengatasi Batuk Berdarah

Berikut dikongsikan beberapa tips yang boleh kita sama-sama amalkan bagi mengatasi batuk berdarah terutamanya yang disebabkan oleh radang pada bahagian tekak.

  • Mengamalkan pola hidup yang sihat seperti bersenam di hujung minggu
  • Minum banyak air kosong. Sekurang-kurang sebanyak 2-3 liter sehari supaya tekak sentiasa lembap dan tidak kering.
  • Kawal perasaan dengan mengelakkan daripada sering tertekan atau stress.
  • Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya serta waktu tidur yang berkualiti.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.alodokter.com/kondisi-serius-di-balik-batuk-berdarah

http://batukberdarah.com/

http://www.alodokter.com/batuk-darah

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>