BAYI SUKAR BUANG AIR BESAR (BAB)

Bayi sukar nak berak (BAB)

bayi1

Proses buang air besar perlu dilakukan untuk melancarkan proses percernaan manusia. Jika seseorang  tidak melakukan proses tersebut, biasanya akan berasa sangat tidak selesa di kawasan perut. Buang air besar atau lebih dikenali dengan perkataan ‘berak’ dan ‘uk uk’ bagi bayi adalah penting untuk semua benda hidup termasuk lah manusia.

Proses BAB ini juga dilalui oleh bayi. Jika bayi mengalami sukar buang air besar, haruslah cepat cepat mengatasinya agar bayi tidak merasa terseksa. Setiap bayi mempunyai pola buang air besar berbeza beza. Ada bayi yang lancar buang air besar sampai 5 – 6 kali sehari, namun ada pula bayi yang buang air besar setiap 2 hari sekali. Semua bergantung pada penuhnya tangki najis serat atau tidak. PENTING jika bayi tidak buang air besar lebih dari 3 hari, jelas ada masalah yang terdapat dikawasan pencernaannya dan segera rujuk kepada doktor.

Ada beberapa tanda sembelit yang boleh kita perhatikan. Perhatikan jika najis bayi keras dan kering. Perhatikan juga ketika bayi meneran. Jika bayi meneran Nampak macam terseksa itu tanda nya bayi mengalami sembelit. Dan yang paling penting jika najis bayi disertakan dengan darah. Jika ada tanda ini, segera rujuk pada doktor.

Menurut pada pakar kanak kanak, ada 2 sebab utama berlaku sembelit pada bayi. Pertama sistem makanan yang diberi kepada bayi. Kedua mungkin bayi kurang mendapat penyusuan badan. Bayi wajib menerima makanan berkualiti supaya dapat mencegah terjadinya sembelit.

Ibu boleh memberi penyusuan esklusif terhadap bayi dan ditambah lagi dengan serat yang cukup dari buah dan sayuran. Ibu juga perlu menjaga sistem pemakanan kerana apa yang ibu makan akan menentukan kualiti terhadap susu yang dihasilkan. Ibu harus makan makanan yang berkhasiat. Bagi bayi yang telah putus menyusu badan, kita perlu cari padanan susu formula yang sesuai dengan bayi. Ini kerana tidak semua susu formula sesuai dengan bayi kita.

bayi2

Jika bayi berusia 2 atau 3 bulan mengalami masalah tidak boleh buang air besar beberapa hari, cubalah petua nenek moyang kita ni. Layurkan beberapa keratan daun kunyit diatas api hingga layu kemudian letakkan daun kunyit itu diatas perut bayi. Insyallah beberapa minit kemudian, bayi akan buang air besar.

ANAK ADALAH AMANAH TUHAN PADA KITA. JAGALAH SEBAIK MUNGKIN AMANAH INI.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>