Penyakit Hiperkalemia

oie_YBPfC1H8EWcT

Apa khabar semua, tajuk yang tcm nak kongsikan bersama anda semua hari ini ialah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “hiperkalemia”. Mesti anda tertanya-tanya kan, apa tu hiperkalemia? Hiperkalemia adalah suatu keadaan di mana kadar kalium di dalam aliran darah seseorang itu melebihi daripada paras normal.

Kalium mempunyai fungsi yang penting kepada tubuh badan kita. Antara fungsi kalium adalah seperti melancarkan dan menormalkan fungsi-fungsi otot, saraf serta jantung kita. Apabila kadar kalium melebihi daripada paras normal, ianya akan mengganggu fungsi-fungsi kalium seperti dapat menyebabkan degupan jantung menjadi lebih perlahan.

 

Faktor Pendorong Hiperkalemia

Berikut antara faktor-faktor yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami hiperkalemia :

  • Kesan daripada penyakit seperti diabetes type 1
  • Mengalami gangguan pada ginjal sehingga menggangu pembuangan kalium
  • Mengalami kerosakan jaringan tubuh badan akibat kecederaan teruk
  • Mengalami kerosakan sel-sel tumor ataupun sel darah merah
  • Mengalami luka bakar yang teruk

 

Gejala-Gejala Hiperkalemia

  • Rasa mual-mual
  • Badan dan otot terasa lemah
  • Sering mengalami kebas-kebas
  • Sembelit
  • Degupan jantung yang tidak teratur
  • Mengalami kelelahan
  • Hilang selera makan

 

Kita semua perlu peka akan gejala-gejala yang ditunjukkan penyakit ini. Ini kerana, hiperkalemia pada tahap ringan hanya mampu membuatkan degupan jantung seseorang itu menjadi perlahan atau nadi menjadi lemah. Akan tetapi, hiperkalemia pada peringkat yang teruk mampu menyebabkan degupan jantung seseorang itu terus terhenti. Kematian?

Ya, hiperkalemia pada peringkat yang teruk mampu mengancam nyawa anda. Kebiasaannya, hiperkalemia ringan tidak akan menunjukkan sebarang gejala. Ini membuatkannya semakin sukar untuk dikenalpasti.

 

Tips Mengatasi Hiperkalemia

  • Berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat berkenaan dengan ubat-ubatan yang anda ambil
  • Melakukan pemeriksaan dan sering berjumpa dengan doktor secara teratur bagi memantau kadar kalium anda
  • Pantau pola pemakanan anda dengan memastikan anda tidak memakan makanan yang tinggi kandungan kalium secara berlebihan
  • Mengurangkan risko menghidapi hiperkalemia dengan mencegah sebarang faktor pendorong penyakit ini seperti menjaga kesihatan ginjal supaya ia dapat berfungsi dengan baik.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://mediskus.com/hiperkalemia

http://www.kesehatankerja.com/HYPERKALEMIA.html

http://www.alodokter.com/hiperkalemia

http://id.wikihow.com/Menurunkan-Kadar-Kalium

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>