Tips Menjalani Gaya Hidup Sihat

step0001

Kesihatan diri adalah suatu yang sangat berharga. Kita hendaklah menjaganya dengan sebaik mungkin. Gaya hidup yang sihat dapat membantu kita mengecapi kebahagiaan dalam kehidupan. Seperti yang kita biasa lihat di mana-mana hospital atau klinik, terdapat satu ayat yang ditulis “Mencegah adalah lebih baik dari mengubati“. Saya sangat bersetuju dengan pendapat ini. Dengan menjalani gaya hidup yang sihat. Kita mungkin dapat mengelakkan diri daripada diserang penyakit-penyakit yang serius seperti stroke, diabetes, insomnia dll.

 

Antara tips-tips gaya hidup sihat :

imageedit_2_9624388210

1. Senaman ringan

- Mulakan hari anda dengan senaman-senaman ringan seperti senaman regangan badan seketitar 5-10 minit sehari. Ianya pasti dapat memberikan kita jalan hidup yang lebih cergas dan ceria. Selain dari itu, kita juga boleh mengamalkan yoga di awal pagi. Yoga telah terbukti kepada ramai orang sebagai salah satu senaman yang dapat menghilangkan stress dan seterusnya membawa kepada gaya hidup yang lebih sihat.

imageedit_1_3103612329

2. Banyakkan minum air suam atau mineral

- Air sangat penting untuk tubuh kita. Air bertindak sebagai agen pembawa nutrisi dan oksigen ke seluruh tubuh kita. Lebih 60% tubuh kita terdiri daripada air. Banyak minum air suam atau mineral, dapat membantu membuang toksin di dalam badan kita

imageedit_1_7746955845

3. Elakkan diri daripada merokok.

- Rokok membahayakan kesihatan. Ayat yang sering kita dengar diucapkan oleh ramai orang. Namun berapa ramaikah yang benar-benar sedar akan bahayanya. Merokok dapat menjejaskan kulit serta kesihatan kita. Apatah lagi kepada orang sekeliling yang terhidu asap rokok tersebut. Jadi, bagi melindungi kesihatan kita dan orang tersayang, kita haruslah elakkan dari merokok ataupun menghidu asap rokok.

step0001

4. Beriadah di hujung minggu

- Kita boleh mengekalkan kesihatan kita dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat di masa lapang, seperti berenang dan jogging di hujung minggu. Melakukan aktiviti-aktiviti tersebut bersama kawan-kawan, mampu membuatkan kita lebih bersemangat.

imageedit_3_7305840596

5. Pastikan dapat tidur yang mencukupi.

- Tidur yang tidak cukup mampu mengundang perbagai penyakit. Purata bagi orang dewasa untuk tidur adalah sekitar 6jam. Namun, tempoh bagi tidur yang cukup, berbeza bagi setiap individu. Ianya bergantung kepada cara hidup masing-masing. Seperti contoh, orang yang aktif pasti memerlukan tidur yang lebih berbanding orang yang kurang aktif.

imageedit_3_7435950737

6. Pastikan cuci muka sebelum tidur

- Bagi perempuan khususnya, muka yang dipenuhi alat solek, hendaklah dicuci terlebih dahulu sebelum tidur. Ini kerana, kulit muka juga memerlukan ruang untuk bernafas bagi mengekalkan kesihatan kulit tersebut.

imageedit_1_6001144070

7. Makan dengan cara yang betul

- Bagi menjaga cara pemakanan kita. Tips yang umumnya adalah dengan makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kita juga digalakkan untuk selalu makan buah-buahan, kerana terdapat pelbagai khasiat di dalamnya untuk kesihatan tubuh badan kita.

imageedit_2_9857651058

8. Kurangkan makan makanan segera

- Makanan segera adalah suatu yang tidak asing lagi bagi kita semua. Namun, tahukah kita bahawa makanan segera tidak bagus untuk kesihatan kita? Dengan mengurangkan pengambilan makanan segera, kita mampu membawa perubahan yang lebih baik di dalam pemakanan kita.

 

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>