Penyakit Bedbugs

oie_zUTAzw5AISwj

Salam rabu semua, pada artikel kali ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai bedbugs (cimex lectularis). Bedbugs juga turut dikenali dengan nama panggilan kutu tilam. Ia merupakan sejenis serangga parasit yang berukuran kecil dan berwarna merah kecoklatan. Bedbugs dapat menggigit kulit manusia atau haiwan bagi menghisap darah mereka semasa mereka tidur.

Walaupun tidak berbahaya atau menyebarkan penyakit berjangkit, namun gigitan bedbugs dapat menyebabkan bengkak kemerahan yang gatal  pada kawasan yang digigit. Sekiranya digaru, kawasan kulit tersebut mampu melecet atau luka.

 

Penyebab Bedbugs

Bedbugs dapat tersebar dari satu tempat ke tempat yang lain melalui cara ‘menumpang’ pada pakaian, beg, perabut, tilam dan sebagainya. Selain itu bedbugs juga dengan mudah dapat merayap dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Sebab mengapa munculnya bedbugs dapat dikaitkan dengan persekitaran yang kurang bersih dan berselerak.

Selain itu, bedbugs turut suka pada kawasan yang panas dan mempunyai banyak tempat untuk bersembunyi.

 

Gejala-Gejala Bedbugs

Kesan bagi mereka yang digigit oleh bedbugs kelihatan seolah-olah seperti gigitan nyamuk. Gigitan bedbugs tidak sakit namun kesannya akan terasa setelah digigit. Kesan ini dapat dirasakan setelah beberapa minit hingga dua minggu setelah gigitan. Antara gejala-gejalanya seperti :

  • Bintik merah
  • Titik merah kehitaman di tengahnya
  • Bintik-bintik tersebut di dalam pola bergaris atau berkumpul
  • Gatal-gatal
  • Masalah kulit akibat garu

Antara kawasan yang sering digigit oleh bedbugs adalah seperti wajah, leher, lengan dan tangan.

 

Kawasan Berisiko Mempunyai Bedbugs

Bedbugs sering ditemui pada kenderaan atau petempatan ramai orang yang sering bertukar penghuni atau penumpang. Antaranya seperti :

  • Bilik asrama
  • Kereta atau bas
  • Hotel
  • Tempat perlindungan (banjir, pelarian)
  • Kapal (cruise)
  • Apartment atau pangsapuri

 

Cara Kenalpasti Kehadiran Bedbugs

Oleh kerana bedbugs sukakan tempat yang panas dan tersembunyi, periksa celah-celah tilam, perabot dan sebagainya. Anda disarankan untuk memeriksa pada waktu malam iaitu ketika bedbugs sedang aktif. Antara tanda yang dapat dikenalpasti sebagai tanda kehadiran bedbugs adalah dengan menemui bintik gelap pada tilam atau alas tempat tidur.

Bitik gelap tersebut merupakan kotoran bedbugs. Selain itu, anda juga dapat menemui sisa kulit luar bedbugs. Ini kerana binatang ini akan menyalin kulit lima kali setelah menjadi dewasa. Warna sisa kulit tersebut biasanya berwarna kuning pudar.

 

Langkah Pencegahan Bedbugs

  • Jaga kebersihan persekitaran anda terutamanya tempat tidur
  • Sekiranya bermalam di hotel, pastikan tempat tidur anda bersih
  • Bersihkan juga sarang burung atau kelawar dari tempat tinggal anda kerana bedbugs dapat menumpang pada haiwan tersebut
  • Sekiranya membeli barang terpakai seperti sofa, kerusi, tilam, periksa terlebih dahulu barang tersebut sebelum membawa pulang ke rumah
  • Pastikan rumah anda dimasuki udara bersih dengan membuka tingkap setiap hari

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+bedbugs

http://www.alodokter.com/bedbugs

http://www.klikdokter.com/penyakit/bedbugs

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>