Idiopathic Thrombocytopenic Purpura

oie_1C8BMhwKYrGd

Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) adalah sejenis penyakit yang mengakibatkan pengurangan platelet di dalam tubuh badan seseorang itu. Ini terjadi apabila tubuh badan menganggap platelet sebagai bendasing dan seterusnya menghasilkan antibodi bagi menyerang platelet tersebut. Setiap perkataan ITP mmpunyai maksudnya tersendiri iaitu “Idiopathic” bermaksud “Punca yang tidak dapat dikenalpasti”, manakala “Thrombocytopenic” membawa maksud “Pengurangan jumlah platelet” dan perkataan “Purpura” pula membawa maksud “Luka yang sukar untuk pulih”. Platelet berfungsi untuk membekukan darah di tempat yang terluka. Dengan kurangnya bilangan platelet di dalam tubuh badan seseorang itu, luka yang dialaminya akan terus mengalir tanpa henti. Penderita ITP juga terdedah dengan risiko pendarahan di dalam organ usus penderita tersebut.

Terdapat 2 kategori ITP. Kategori yang pertamanya adalah “ITP Akut” kategori ini biasanya ditemui pada kanak-kanak yang berusia 2-4 tahun. Ianya biasa berlaku kurang daripada 6 bulan. Jenis yang keduanya pula adalah “ITP Kronik”, ianya biasa ditemui pada orang dewasa. Kebiasaannya, kategori ini ditemui pada wanita yang berusia 15-50 tahun. Is juga kebiasaannya akan berterusan selama 6 bulan atau lebih. Walaupun begitu, setiap orang turut berpotensi untuk diserang penyakit ini. Ini kerana, ITP bukanlah sejenis penyakit keturunan.

 

Antara Gejala2 ITP :

Gejala-gejala penyakit ITP dapat muncul secara tiba-tiba atau secara perlahan-lahan. Namun, amat penting bagi kita untuk mengetahui gejala-gejala penyakit ini agar dapat dibendung sebelum ianya semakin teruk. Berikut adalah antara beberapa gejala bagi penderita penyakit ITP.

  1. Bintik2 merah pada kulit (Terutamanya kaki)
  2. Hidung mengeluarkan darah
  3. Terjadi pendarahan pada gusi
  4. Terdapat darah pada urin
  5. Terdapat beberapa tempat pendarahan yang sukar dihentikan
  6. Mengalami menstruasi dalam tempoh yang lama (Wanita)
  7. Terjadi kelelahan serta sukar untuk fokus (Disebabkan kurang platelet)
  8. Pendarahan pada gigi
  9. Mengalami lebam di anggota badan

 

Untuk yang mengalami masalah-masalah kesihatan, saya cadangkan anda untuk meluangkan masa anda untuk berkunjung ke The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center. Saya pasti dengan formula rawatan khas yang telah dikaji dan diperbaiki oleh Master Tole sendiri dari masa ke semasa beserta pengalaman yang lama di dalam bidang perubatan, anda pasti akan kagum dengan teknik rawatan alternatif yang akan ditunjukkan mereka.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>