Kenali Hipoksia!

oie_jzUFtvpO9HF1

Seperti yang dapat anda semua baca daripada tajuk kita kali ini. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan suatu keadaan yang dikenali sebagai “hipoksia”. Hipoksia sebenarnya merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu tidak mendapatkan oksigen yang mencukupi bagi tubuh badan untuk menjalankan segala fungsi normalnya.

Oksigen boleh dikatakan merupakan salah satu komponen yang sangat penting di dalam kehidupan manusia. Kekurangan oksigen dapat menyebabkan organ-organ penting di dalam tubuh badan kita mengalami kerosakan dengan cepat sekali. Antara organ tersebut adalah seperti otak dan juga hati.

 

Otak merupakan pusat kawalan yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh badan kita. Sekiranya terdapat walaupun sedikit gangguan pada fungsi otak seseorang itu, ia mampu mendatangkan kesan yang buruk terhadap fungsi tubuh badan mereka. Disebabkan oleh semua perkara ini, hipoksia boleh dikategorikan sebagai suatu gangguan yang sangat berbahaya.

Lebih membimbangkan lagi apabila hipoksia juga mampu berlaku pada bayi pra-matang. Ini adalah kerana, paru-paru bayi pra-matang kebiasaannya masih belum berkembang sepenuhnya.

 

Gejala-Gejala Hipoksia

  • Mengalami sesak nafas
  • Batuk-batuk serta mengalami kelelahan
  • Nafas menjadi pendek
  • Degupan jantung menjadi kencang
  • Mengalami halusinasi
  • Kebingungan

 

Sekiranya hipoksia diubati dengan cara yang salah seperti memberi oksigen yang berlebihan kepada pesakit. Perkara ini mampu menjadikan keadaan pesakit lebih buruk sehingga menyebabkan komplikasi-komplikasi seperti :

  • Pneumonia
  • Vertigo
  • Katarak
  • Kekejangan

Jadi, amatlah penting supaya kita pandang serius akan keadaan ini agar kita dapat mencegahnya daripada terjadi kepada diri kita semua. Sebelum tcm nak kongsikan beberapa langkah pencegahan yang sama-sama dapat kita amalkan, tcm nak kongsikan dahulu dengan anda semua berkenaan dengan faktor-faktor yang menjadi pendorong kepada hipoksia.

 

Faktor Penyebab Hipoksia

  • Mengalami keadaan di mana kadar oksigen berkurangan
  • Gangguan pada paru-paru seperti kanser paru-paru, pneumonia, asma dll
  • Anemia atau keadaan lain yang mampu merosakkan sel darah merah
  • Keracunan gas ataupun zat-zat kimia
  • Kesan ubat-ubatan yang mampu mengganggu atau menghentikan pernafasan
  • Aliran darah yang terhenti atau berkurangan ketika menuju organ tertentu

 

Langkah-Langkah Mengatasi Hipoksia

Dengan mengetahui perkara-perkara yang dapat menjadi penyebab kepada hipoksia. Anda secara tidak langsung dapat mencegahnya dengan cara menjauhkan diri daripada sebarang faktor yang dapat mendorong anda mengalami hipoksia.

Sebagai contoh, anda boleh mengelakkan daripada tersalah mengambil ubat-ubatan yang mampu mengganggu atau menghentikan pernafasan anda dengan mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum memakan sebarang ubat-ubatan. Selain itu, sekiranya anda mempunyai asma, anda juga boleh menjalani terapi asma yang telah disarankan oleh doktor.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.kerjanya.net/faq/6612-hipoksia.html

http://www.alodokter.com/hipoksia

https://www.rumahzakat.org/hipoksia-penyakit-kekurangan-oksigen/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>