Khasiat Buah Delima

Hye :)

Buah delima memang sudah terkenal sejak dahulu lagi sebagai buah untuk kesihatan. Kalau dikutkan pengalaman saya la kengawan kan, kebanyakkanya wanita yang mengandung selalu mengidam nak makan buah delima nih..kenapa ya? Kakak2 makcik2 semua tolong jawab…  :)

Selain itu, jika kita sering bertandang ke rumah-rumah kaum cina mesti selalu juga terlihat akan pokok delima nih.. kebanyakkannya  menganggap ianya satu tradisi agar rumah yang didiami akan berasa sejuk dan nyaman..salah satu fengshui katanya..

Okey kengkawan buah delima nie terkenal dengan nama ‘superfruit’ dan mengandungi antioksidan yang tinggi, yang terdiri daripada asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payudara, organ peparu dan jantung atau system kardiovaskular. Selain itu berbagai khasiat lain yang boleh diperoleh daripada buah delima ini antaranya ialah:

 

Mengurangkan Berat Badan

Ianya sebagai medium pemecah  lemak dan  berfungsi  mengurangkan pengumpulan lemakdalam tubuh seseorang. Buah ini juga akan menyebabkan badan seseorang akan berasa lebih ringan, disebabkan kandungan dalam  buah delima itu berfungsi untuk pembersihan sistem dan jugamengurangkan kembung yang tersimpan selain dapat meningkatkan kadar metabolism badan seseorang.

 

Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Buah  delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang mengamalkan jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis iaitu pengerasan salur arteries. Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.

 

Mengatasi  Kanser Payudara

Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

 

Menghindari Penyakit Jantung

Buah delima jika mengamalkan makan setiap pagi dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

 

Menstabilkan Paras Kolestrol

Buah delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kadar kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

 

Merendahkan Tekanan Darah

Buah delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang akan mengeluarkan serotonin dan estrogen, ianya mampu membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, iaitu faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

 

Okey kengkawan, semoga info ini bermanfaat untuk kita semua…papaaaaaii… :)

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>