Mengapa Badan Kita Memerlukan Vitamin

Hye :)

Sebelum ini, saya sering terdengar pertanyaaan tentang perlukah untuk menambah makanan tambahan atau vitamin bagi tubuh kita? Adakah tidak cukup dengan hanya mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan seimbang jer?

Okey sebelum saya menjawab pertanyaan itu apakata kita ambil tahu serba sedikit tentang apakah vitamin nie kengkawan ya..

Vitamin bermaksud ialah bahan organic yang sangat diperlukan oleh badan seseorang. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan terhadap penyakit. Selain itu ia membantu pertumbuhan dalam proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan kita.

jom mengenali jenis-jenis dan fungsi vitamin nie..

Untuk pengetahuan kengkawan juga, masalah peningkatan makanan yang diproses pada zaman kini banyak terdedah kepada pencemaran, racun perosak, pengubahan genetik makanan dan peningkatan jumlah penyimpanan dan penghantaran telah mengurangkan kualiti nutrisi makanan tersebut. Tekanan atau stress , cara pemakanan yang kurang baik, penyakit dan preskripsi ubatan tertentu juga menyebabkan sesetengah orang sukar untuk menyerap vitamin yang mereka dapat di dalam diet mereka.

So oleh sebab yang demikian Vitamin tambahan (supplements) telah diwujudkan untuk memastikan badan anda menerima jumlah pemprosesan organic  yang diperlukan oleh badan anda. Paham di sini kan? :P

Okeylaa mane yang blur atau kurang paham tue saya menyenaraikan beberapa sebab lain kenapa badan Kita Perlukan Vitamin supplement nie atau pun dalam bahasa mudahnya makanan tambahan nie yee..

 

  • Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

 

  • Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

 

  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

 

  • Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

 

  • Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

 

  • Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

 

 Okey kengkawan apa kata anda? Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan yang diyakini kesegarannya. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.

Bagi pendapat saya kengkawan, pengambilan vitamin tambahan nie bukan lagi satu pilihan, tetapi ianya merupakan satu ‘insuran’ kepada kesihatan saya, anda dan kita semua..!!

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>