Khasiat Kurma

oie_DnoKcl3A0ODh

Kurma adalah sejenis buah yang sangat berkhasiat. Namun begitu, antara fakta menarik mengenai kurma ialah kurma mempunyai nama khas disetiap negara. Antaranya adalah Perancis–daltier, Jerman–dattel, Italia–datteri atau dattero, Belanda–dadel, Portugis–Tamara dan di Timur tengah – Tamar(kurma kering) atau ruthab(kurma basah). Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antara bahan-bahan yang terdapat di dalam kurma adalah seperti protein, serat, gula, Vitamin A, Vitamin C, dll. Terdapat pelbagai jenis kurma di pasaran, namun antara kurma yang terkenal ialah kurma Ajwah, kurma Deglet Noor, kurma Mozafati serta kurma Thoory. Dengan mengandungi pelbagai bahan-bahan berkhasiat di dalamnya, kurma juga dikatakan dapat diproses serta diserap khasiatnya oleh tubuh kita dengan segera.

 

Antara khasiat buah kurma :

  1.  Penting untuk memberi tenaga dan membaiki bahan buangan
  2.  Membantu menguatkan sel-sel usus dan membantu melancarkan saluran kencing
  3.  Dapat membantu memudahkan proses bersalin
  4.  Dapat mencegah dari diserang stroke
  5.  Mengandungi vitamin A, yang mana dapat menguatkan penglihatan, pertumbuhan tulang, kesihatan kulit dll
  6.  Boleh dijadikan sebagai rawatan untuk kelemahan seks
  7.  Meningkatkan kecergasan minda dan membantu proses tumbesaran kanak-kanak
  8. Bertindak sebagai penguat memori, terutamanya buat kanak-kanak yang sedang membesar

 

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>