Vaksin (Kucing)

oie_YM5aT1dtfObH

Seringkali apabila kita bercerita tentang kesihatan, kita pasti akan bercerita mengenai penjagaan kesihatan diri, membuat pemeriksaan kesihatan sekerap mungkin, menjaga pemakanan kita dll. Akan tetapi, kita sering terlepas pandang, bagaimana kesihatan kita juga turut terjejas sekiranya kita mempunyai haiwan peliharaan yang tidak kita peduli akan kesihatan mereka. Seperti kita, mereka juga memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi bagi mengelakkan dari dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Jadi, tajuk TCM hari ini adalah memberi vaksin kepada haiwan peliharaan kita (kucing).

Adakah anda semua tahu apa itu vaksin ? Ramai yang mungkin tersalah anggap vaksin sebagai penawar kepada sesuatu penyakit itu. Sekiranya ia tidak, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan vaksin?? Vaksin sebenarnya ialah sejenis virus yang telah dilemahkan. Menarik bukan?? Bagaimana kita boleh mendapat manfaat daripada virus yang sengaja kita masukkan kedalam badan kita? Serta bagaimana ia dapat membantu kita melawan penyakit-penyakit yang berbahaya?

oie_C4s9ZzonGMJ8

Bagaimana Vaksin Berfungsi

Vaksin boleh diberikan kepada kucing peliharaan kita. Dengan menggunakan vaksin, kita sebenarnya merancang sistem kekebalan tubuh badan mereka, dengan melindungi tubuh badannya daripada dimasuki bakteria atau virus yang berbahaya serta boleh mendatangkan penyakit. Ketika sesuatu virus atau bakteria memasuki tubuh badan, maka tubuh badan akan mulai memproses sejenis protein yang dipanggil “antibodi”. Antibodilah yang akan menyerang serta menghancurkan virus atau bakteria tersebut. Penggunaan vaksin pula adalah ianya dibuat dengan menggunakan virus atau bakteria yang telah dilemahkan ataupun tidak aktif. Apabila virus ini diperkenalkan kepada tubuh badan dalam bentuk vaksin.

Sistem kekebalan tubuh badan akan mengenali mereka serta belajar bagaimana  untuk menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan yang mungkin terjadi pada masa akan datang. Walaupun begitu, tidak semestinya setelah kucing kesayangan kita mendapat suntikan vaksin, mereka akan terus terhindar daripada sebarang penyakit. Namun, penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian. Kebiasaannya, kucing yang berumur 8-9 minggu telah boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana, antibodi yang diterima daripada susu induknya tidak lagi kuat. Walaupun bagitu, tidak semua kucing yang telah mencapai umur yang sepatutunya diberikan vaksin boleh mendapat mendapat suntikan tersebut. Ini kerana, badan mereka semua tidak semestinya 100% normal dan kuat.

 

Jadual Vaksinasi Kucing :

  • Umur 8 – 9 minggu

- Melakukan pemeriksaan umum

- Vaksinasi Tricat ( Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)

- Pemberian ubat cacing

  • Umur 12 – 14 minggu

- Melakukan pemeriksaan umum seperti sebelumnya

- Melakukan vaksinasi ulangan Tricat atau Tetracat

  • Umur 20 minggu

- Melakukan lagi sekali pemeriksaan umum

- Melakukan vaksinasi Rabies

 

Selepas daripada itu, kita bolehlah meneruskan penjagaan kesihatan mereka dengan membawa mereka ke klinik haiwan setahun sekali bagi melakukan pemeriksaan umum serta mendapatkan suntikan vaksin. Vaksin hendaklah diulang, ini kerana daya tahan serta antibodi kucing tidaklah selama-lamanya kuat. Bagi kucing yang tidak pernah mendapat sebarang rawatan ataupun suntikan vaksin, kucing tersebut bolehlah mendapatkan pemeriksaan umum dan mendapatkan suntikan Vaksinasi Tricat atau Tetracat dan Vaksinasi Rabies.

 

Informasi Kesihatan Melalui Rawatan Alternatif

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>