SAKIT TUMIT (ACHILLES TENDONITIS)

 

tendon1

Tendon Achilles ialah urat tendon besar  yang menghubungkan otot Gastronemius dan otot Soleus dengan tulang tumit kaki (Camcaneus) yang terletak dibelakang kaki. Peranan tendon ini adalah untuk menolak kaki  ke depan ketika berjalan dan berlari. Kajian mendapati punca utama ialah tisu yang merosot dan hilang struktur asal serat tisu.

Achilles Tendonitis boleh jadi akut, iaitu bermaksud baru beberapa hari terjadi  selepas  melakukan aktiviti latihan  atau pun kronik dimana sudah berlaku untuk tempoh masa yang lama. Selain itu ia boleh terjadi pada bahagian lekat tendon dengan tulang tumit atau pada pertengahan tendon, selalunya  4CM dari atas tumit. Proses penyembuhan Tendon Achilles selalunya perlahan kerana kawasan itu mempunyai rangkaian bekalan darah yang sangat kurang.

tendon2

Tendonitis akut selalunya mempunyai cirri sakit yang terjadi secara berperingkat dibahagian belakang buku lali, betul betul diatas tulang tumit. Ini terjadi dalam tempoh beberapa hari.  Sakit biasanya terjadi pada masa awal latihan dan berkurangan selepas latihan berlangsung.  Sakit juga berkurangan dengan berehat daripada melakukan aktiviti latihan berkenaan. Kesakitan akan terasa jika bahagian tendon Achilles ditekan dengan jari.

Tendonitis kronik boleh terhasil daripada tendonitis akut jika ia dibiarkan tanpa rawatan atau jika ia tidak mendapat rehat secukupnya. Tendonitis kronik iailah satu keadaan yang sukar dirawat, terutama dikalangan atlet lebih tua, yang mana didapati menderita lebih kerap. Tendonitis kronik bercirikan sakit yang terjadi perlahan lahan, boleh menjadi berminggu-minggu atau berbulan bulan.  Sakit berlaku ketika melakukan sebarang letihan dan kekal sepanjang latihan itu. Sakit bertambah ketara ketika berjalan, mendaki bukit atau menaiki tangga.

Sakit dan ketegangan didalam tendon Achilles berlaku terutama pada waktu pagi atau selepas berehat. Kadangkala ada bengkak pada tendon Achilles, yang mana jika ditekan dengan jari, akan menyakitkan dan juga radang pada permukaan kulit kaki.

Achilles Tendonitis ialah satu kecederaan yang disebabkan oleh penggunaan yang berlebihan. Namun begitu, faktor lain yang boleh menyebabkan kejadian ini ialah peningkatan aktiviti yang berlebihan, kurang masa rehat, keadaan kasut, permukaan jalan  serta otot betis yang lemah, pendek dan tegang.

Rawatan awal untuk kesakitan disebabkan oleh Achilles Tendonitis ialah berehat daripada aktiviti yang menyebabkan Achilles dan terapi sejuk ais. Selain itu, amalkan pemakaian alas tumit  dalam kasut untuk menaikkan tumit kaki  dan mengurangkan bebanan renggangan pada tendon Achilles. Ini kaedah sementara sehingga tendon Achilles sembuh.

tendon 6

Pakar akan memberi ubat anti radang untuk mengurangkan sakit, penggunaan pada bahagian belakang kaki mampu member sokjongan pada tendon Achilles. Jika kecederaan dialami adalah pada tahap teruk, cas plaster mungkin perlu dipasang pada kaki untuk merehatkan kaki dan tendon berkenaan.

Penggunaan terapi ultrasound akan dilakukan oleh ahli fisioterapi untuk merangsang proses penyembuhan. Sesetengah pakar akan meberi suntikan steroid pada bahagian tendon yang radang atau tercedera. Bagaimanapun, suntikan terus ke dalam tendon tidak digalakkan kerana sesetengah pakar  percaya , suntikan steroid boleh  meningkatkan risiko tendon terputus.

mri

MRI (Magnetik Resonan imaging) dan ultrasound digunakan dapat membantu mengenalpasti tahap radang dan kecederaan tendon Achilles. Kewujudan tisu parut dan tisu nekrotik di dalam tendon Achilles dapat  dikenalpasti , pembedahan akan dilakukan jika rawatan secara konservatif gagal menyembuhkan Achilles . ketika pembedahan , tisu parut dan tisu nekrotik akan dibuang sehingga tisu normal.

tendon3

 

Jika kecederaan ini mendapat rawatan dari peringkat awal lagi, proses penyembuhan selalunya dapat berlaku dengan baik. Penting untuk seseorang itu melakukan rehabilitasi pada tendon Achilles dengan betul selepas tendon sembuh supaya tidak berulang lagi.

tendon 4

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>