Toxoplasmosis

oie_NXUyNPhdXCr0

Kucing merupakan salah satu binatang yang paling banyak dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Ini kerana sifatnya yang manja dan senang untuk diajak bermain dapat menambat hati banyak pihak. Akan tetapi, para penggemar kucing juga hendaklah sentiasa berwaspada di dalam penjagaan kesihatan anda. Hal ini kerana anda mungkin berisiko dijangkiti penyakit toxoplasmosis.

Toxoplasmosis atau lebih sering disebut sebagai penyakit toxo merupakan penyakit yang disebabkan oleh parasit “Toxoplasma Gondii”. Kucing boleh dijangkiti oleh parasit ini apabila ia memakan daging ikan, burung, amfibia ataupun reptilia mentah yang telah pun dijangkiti parasit ini. Selain itu, kucing tersebut berkemungkinan tersentuh najis kucing lain yang mempunyai parasit tersebut.

Setelah itu, parasit yang tidak sengaja ditelan oleh kucing tersebut akan mendiami tubuhnya. Penyakit ini pula, dapat menjangkiti kita dari bermacam-macam cara dan salah satunya adalah melalui sentuhan pada najis kucing yang telah dijangkiti oleh parasit toxoplasma gondii. Parasit ini hidup di usus halus kucing yang seterusnya akan keluar bersama-sama najis kucing tersebut.

 

Selain itu, parasit ini juga dapat menjangkiti kita melalui:

Faktor Penyebaran Toxo :

  • Memakan makanan yang telah dicemari oleh parasit toxoplasma gondii
  • Pemindahan darah atau organ dari penderita toxoplasmosis juga dapat menjangkiti si penerimanya
  • Makan daging yang mengandungi parasit tersebut serta dimasak secara tidak sempurna
  • Wanita mengandung yang dijangkiti penyakit ini mampu menjangkiti janin yang berada di dalam kandungannya

 

Gejala2 Toxoplasmosis :

qoobee_eat_donut_emoticon_by_goloops-d59wizl

  • Mengalami selsema
  • Merasa sakit pada otot
  • Kelenjar limfa bengkak
  • Kelesuan

Individu yang mengalami jangkitan teruk, boleh mengalami gejala-gejala seperti berikut

  • Mengalami masalah organ di dalam mata
  • Mengalami gangguan otak
  • Diserang sawan
  • Juga boleh menyebabkan kematian

 

Langkah2 Pencegahan Toxo :

hugging_emoticon_of_qoobee_agapi_by_goloops-d5bzi72

  • Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan dicuci dengan bersih sebelum dimakan
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum dan setelah makan
  • Setelah mencuci daging, cuci tangan dengan bersih agar tidak ada parasit di tangan anda
  • Elakkan dari memakan daging yang mentah atau separuh masak
  • Beri kucing anda makanan khas untuk kucing serta elakkan daripada memberikan makanan mentah seperti ikan atau daging
  • Latih kucing anda untuk membuang najis di kotak pasir serta pastikan anda mencuci kotak tersebut setiap hari bagi menjaga kebersihan kucing anda.
  • Bagi wanita hamil, elakkan daripada membersihkan kotak pasir kucing serta mencuci daging mentah
  • Mandikan kucing anda tiga kali sebulan atau seminggu sekali dengan menggunakan shampoo khas kucing, setelah itu keringkan bulu kucing anda sehingga betul-betul kering
  • Elakkan sentuhan secara langsung dengan najis kucing
  • Pastikan anda memakai sarung tangan sebelum membersihkan najis kucing
  • Pastikan kucing kesayangan anda mendapat vaksin serta rawatan yang diperlukannya
  • Segera dapatkan rawatan sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda sakit seperti tidak lalu makan, kurang aktif seperti biasa, diarrhea dll

 

Dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas. Tcm pasti anda dapat mengurangkan risiko serta mencegah diri anda daripada dijangkiti toxoplasmosis. Walaupun langkah pencegahan yang dinyatakan di atas kelihatan remeh, tcm pasti ia dapat membawa perubahan yang lebih baik dan lebih sihat ke dalam hidup anda.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>