Penyakit Pedofilia

oie_lQSrE7OUuYYw

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Artikel yang akan dikongsikan oleh tcm pada hari ini akan membincangkan berkenaan sejenis penyakit yang jarang dibincangkan namun amat penting untuk kita semua tahu. Penyakit tersebut ialah pedofilia. Bagi yang belum tahu, pedofilia merupakan gangguan seksual yang berupa nafsu seksual terhadap remaja atau kanak-kanak yang berusia 14 tahun dan ke bawah.

Individu yang menghidapi penyakit ini serta berusia 16 tahun dan ke atas dikenali sebagai pedofil. Keinginan seksual yang dimiliki pedofil secara umumnya akan tertumpu pada kanak-kanak yang masih belum matang. Pedofilia merupakan satu masalah besar yang sedang menghantui masyarakat kita sekarang.

 

Pedofil

Hampir semua pedofil adalah daripada golongan lelaki. Namun wanita turut berisiko menjadi pedofil. Data yang tepat tidak dapat dikenalpasti kerana kebanyakan pesakit akan merahsiakan keadaan dirinya daripada masyarakat. Tidak semua pedofil akan melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Mereka yang melakukan jenayah seksual dikenali dengan perbuatan mereka, manakala pedofil pula diukur dengan keinginan mereka.

Sebahagian daripada pedofil akan menjarakkan diri mereka daripada kanak-kanak supaya dapat mencegah diri mereka daripada melakukan jenayah seksual terhadap mereka. Akan tetapi, masih belum jelas seberapa ramaikah yang melakukan seperti tersebut.

 

Gejala-Gejala Pedofilia

Pedofil biasanya dikenalpasti setelah seseorang itu mencapai tempoh akil baligh. Pada ketika ini, keinginan seksual mereka bertumpu pada kanak-kanak dan bukannya pada orang dewasa. Oleh kerana tidak dapat menentukan seksual orientasi mereka, mereka kemudiannya akan takut dengan diri sendiri. Setelah itu, mereka akan sukar untuk berkomunikasi atau berhubungan dengan orang lain.

Berdasarkan daripada pesakit pedofilia, berikut merupakan beberapa gejala yang dialami mereka. Antaranya ialah :

  • Perasaan rendah diri
  • Suka mengasingkan diri
  • Kemurungan
  • Perasaan obses yang berlebihan
  • Agresif
  • Bertindak seperti pemangsa
  • Pendiam
  • Tidak bersosial

 

Penyebab Pedofilia

Penyebab pedofilia masih lagi belum dapat dikenalpasti. Ini kerana pedofilia dapat dialami oleh mereka yang mempunyai ciri-ciri dan latar belakang yang berbeza-beza. Namun, kebanyakan doktor berpendapat faktor utama pedofilia disebabkan oleh faktor psikologi sosial dan bukannya biologi. Selain itu, doktor juga berpendapat keperibadian pesakit juga dipengaruhi latar belakang keluarga yang tidak normal.

Menjadi mangsa gangguan seksual diusia muda turut dapat mendorong seseorang itu mengalami pedofilia. Antara faktor-faktor dan teori lain yang dapat menyebabkan pedofilia adalah seperti :

  • IQ rendah dan ingatan jangka pendek
  • Kurang white matter pada otak
  • Kurang hormon testosteron
  • Mengalami masalah pada bahagian otak

 

Rawatan Penyakit Pedofilia

Secara normalnya apabila kita melihat kanak-kanak, otak kita secara spontan akan menghasilkan gelombang saraf untuk meningkatkan naluri melindungi dan menyayangi. Bagi pedofil, gelombang saraf tersebut terganggu dan menyebabkan meningkatnya gairah seksual. Antara cara terbaik di dalam mengubati masalah pedofilia adalah dengan membawa pesakit untuk berjumpa dengan doktor psikologi.

Ini supaya doktor dapat memahami pesakit dan dapat membantu mereka untuk mencegah dari melakukan sebarang perbuatan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Marilah kita bersama-sama mencegah masalah pedofilia serta membantu pesakit ini dari melakukan perkara yang dilarang.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://hellosehat.com/penyakit/pedofilia/

https://ohsemmama.com/apa-itu-pedofilia/

http://www.ibfnetwork.org/pengertian-pedofilia-ciri-ciri-dan-penyebabnya

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>