Penyakit Vertigo

oie_GkOLgIAtIFrm

Salam sejahtera semua, tajuk kita pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Penyakit Vertigo”. Apa tu? Penyakit vertigo merupakan sejenis penyakit yang membuatkan seseorang itu merasa seakan-akan dirinya atau persekitaran dirinya terasa berpusing-pusing sehingga membuatkan pesakit hilang keseimbangan badan serta merasa pening sekali.

Walaupun begitu, tidak semua penyakit ini bersifat parah, ada sesetengah individu yang hanya mengalami vertigo ringan sahaja. Vertigo jenis ini tidak bersifat parah sehingga dapat mengganggu aktiviti seharian seseorang itu. Tempoh masa bagi serangan vertigo juga berbeza-beza. Ianya dapat terjadi didalam tempoh masa yang sekejap ataupun lebih lama.

 

Bagi serangan vertigo yang parah, ianya dapat berlangsung selama beberapa hari dan secara tidak langsung mengganggu segala aktiviti harian mereka yang menderitanya. Jom kita tengok antara gejala-gejala yang dialami oleh mereka yang mendapat serangan penyakit ini :

Antara Gejala-Gejala Vertigo

  • Hilang keseimbangan badan
  • Sukar untuk berjalan
  • Merasa diri atau keadaan sekeliling berputar
  • Merasa mual-mual yang luar biasa
  • Merasa pening kepala dan sering muntah
  • Mengalami kesukaran untuk bercakap
  • Mengalami gangguan penglihatan

 

Penyebab Penyakit Vertigo

images

1. Mengalami gangguan pada bahagian telinga dalam :

Boleh dikatakan, sebahagian besar penyakit vertigo terjadi disebabkan penderita mengubah posisi kepala secara tiba-tiba. Contohnya apabila bangun tidur dan terus berdiri dengan cepat.

2. Mengalami sakit kepala (Migrain) :

Sakit kepala jenis ini dapat mempengaruhi penglihatan penderitanya. Penyakit vertigo yang disebabkan oleh migrain dapat terjadi selama beberapa minit ataupun kadang-kala sehingga beberapa hari.

3. Posisi tidur :

Bantal yang digunakan kita sewaktu tidur juga dapat menyebabkan pelbagai kesan kepada tubuh badan kita. Keadaan bantal yang terlalu tinggi ataupun terlalu rendah dapat mengundang kepada penyakit vertigo.

4. Faktor-faktor lain :

Antara faktor-faktor lain yang dapat menjadi penyebab kepada penyakit ini ialah perasaan cemas akibat daripada pengaruh alkohol, terdedah kepada bahan kimia yang tertentu dan berada di dalam ruangan yang tertutup dan terlalu panas.

 

Langkah Mengatasi Vertigo

  • Berdiri tegak dengan membuka mata dan kemudian menutup mata, ulang sebanyak 5 kali.
  • Lakukan gerakan kepala bermula dengan saat anda dekatkan dagu ke dada dan kemudian putar kepala ke kiri dan seterusnya mengubah arah ke sebelah kanan pula. Ulang sebanyak tiga kali.
  • Duduk dengan posisi yang lurus dengan mata yang terbuka dan kemudian berdiri dengan menutup mata anda. Ulang sebanyak tiga kali.
  • Melatih gerakan mata anda ke kanan dan kiri secara horizontal ketika mata terbuka. Ulang pada setiap arah sebanyak tiga kali. Seterusnya ubah arah gerakan bola mata secara vertical pula dan ulang juga sebanyak tiga kali.
  • Gerakan wajah menghadap ke atas dan kemudian turun dengan perlahan-lahan sehingga menghadap ke bawah (mengangguk). Ulang sebanyak tiga kali.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>