Roseola Infantum

oie_ENLWpzn5vMY9

Roseola infantum? Hm, sedapnya nama..apa tu? Roseola Infantum adalah sejenis penyakit virus yang berjangkit pada bayi dan juga kanak-kanak yang masih kecil. Penyakit ini menyebabkan timbulnya ruam dan demam yang tinggi kepada penderitanya. Kebiasaannya, penyakit ini akan menyerang kanak-kanak yang berumur  6 bulan hingga 3 tahun.

6a0133f3fc5805970b01a511d11753970c-320wi

Penyakit ini disebabkan oleh virus herpes jenis 6 dan 7. Virus tersebut pula disebarkan melalui air liur penderita. Masa yang diambil oleh penyakit tersebut bagi menunjukkan gejala-gejalanya adalah sekitar 5-15 hari setelah seseorang itu dijangkiti virus tersebut. Setelah itu, kebiasaannya penyakit tersebut akan berlangsung selama 1 minggu.

 

Gejala2 Roseola Infantum :

oie_trans

  • Demam secara tiba-tiba selama 3-5 hari
  • Suhu badan sehingga 39.4-40.6 celcius
  • Walaupun demam dengan suhu yang tinggi, kanak-kanak tersebut tetap aktif
  • Semasa suhu tubuh makin meninggi, 5-10% penderita akan mengalami kejang (kejang akibat demam tinggi)
  • Berlaku pembengkakan kelenjar limpa di belakang kepala, leher di sebelah tepi dan belakang telinga
  • Limpa juga agak membesar
  • Demam biasanya semakin menurun setelah hari keempat
  • Sekitar 30% kanak-kanak yang menderita penyakit ini memiliki ruam, terutamanya di dada dan perut
  • Ruam yang dialami penderita penyakit ini biasanya tidak gatal serta berlangsung selama beberapa jam hingga 2 hari

 

Langkah2 menghadapinya :

oie_trans (2)

  • Berikan anak anda paracetamol sekiranya mengalami demam tinggi serta anak anda kelihatan tidak selesa dengan demam yang dialaminya
  • Minum banyak air kosong
  • Tidak mengambil ubat antibiotik kerana antibiotik tidak akan berkesan pada jangkitan virus
  • Terus ke doktor sekiranya anak anda merasa sesak nafas, tidak mampu minum serta anak anda merasa kejang

 

Antara langkah-langkah pencegahan yang dapat kita amalkan bagi mencegah roseola infantum adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat. Iaitu sering mencuci tangan dengan bersih, mencegah penggunaan alat makan bersama-sama dll. Roseola Infantum jarang menjangkiti kanak-kanak yang telah besar serta orang dewasa. Mereka yang pernah dijangkiti roseola sebelum ini juga tidak terkecuali untuk menghidapinya buat kali kedua. Walaupun begitu, kes ini sangat jarang berlaku.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>