PNEUMONIA


Kanak-kanak memang kerap diserang selsema, batuk, demam terutama jika anak itu dihantar ke tempat asuhan kanak kanak. Jika seorang kanak kanak mengalami tidak sihat, peratusan untuk menjangkiti kanak kanak lain ada lah tinggi. Tolong jangan amil ringan masalah anak kerap tidak sihat. Buang mind set yang mengatakan sebab tempat pengasuh punca demam@mungkin berjangkit dengan anak anak lain. Ia berkemungkinan tanda tanda sebahagian daripada masalah pneumonia.

Pneumonia adalah masalah jangkitan pada paru paru yang membuatkan seseorang kanak kanak itu sukar bernafas. Bagi kebanyakan orang ia mudah dirawat dan tidak akan menyebabkan kerosakan  kekal pada paru paru. Akan tetapi bagi kanak kanak dibawah 5 tahun adalah besar risiko nya dan mesti  mendapatkan rawatan lanjut. Peringkat awal ianya bermula dengan keradangan paru paru yang dikenali sebagai  bronkitis.

pneumonia

 

Menurut kajian yang dibuat di Malaysia, masalah jangkitan paru paru dikalangan kanak kanak di negara ini adalah sangat biasa. Bermakna jumlah laporan jangkitan tersebut adalah cukup tinggi. Dalam kebanyakan kes diterima, saluran udara pada paru paru dipenuhi lendir dan nanah yang menyebabkan tidak dapat berfungsi sebaikbaiknya. Pneumonia juga adalah penyebab kepada kekurangan oksigen didalam darah dan sel tubuh. Paru paru gagal membekal kan oksigen kepada darah.

Pneumonia ini agak sukar dikesan pada kanak kanak yang aktif akan tetapi boleh dikesan dengan perubahan sifat kanak kanak tersebut. Jika kanak kanak itu batuk berterusan dalam jangka masa lama 3 hari, ibu bapa harus sedar bahawa tanda tanda pneumonia telah ada. Jika pada bayi, agak mudah untuk mengesan gejala ini. Bayi akan banyak meragam, tidak aktif, tidak mahu minum susu.

Pneumonia ini mempunyai banyak jenis. Bermula dari tahap yang paling lemah hingga ke tahap yang serius dan boleh mengancam nyawa. Walaupun mempunyai pelbagai tanda dan simptom simptom, kebanyakan gejala Pneumonia terjadi secara tiba tiba seperti sakit dada, demam, batuk, nafas pendek dan terasa sejuk. Jangkitan adakala disertai dengan selsema. Secra umumnya kanak kanak yang menghidap pneumonia akan diserang demam diikuti batuk serta selsema.

Bagi kanak kanak, satu satu simptom yang dihadapi adalah nafas pendek. Tetapi jika pneumonia ini terjadi dibawah bahagian paru paru berdekatan abdomen, mungkin tidak akan terjadi masalah nafas pendek, tetapi akan mengalami demam dan muntah. Jika pneumonia terjadi disebabkan bakteria, biasanya kanak kanak akan cepat sakit, suhu badan nya tinggi dan bernafas pendek. Jika pneumonia disebabkan oleh virus, simptom akan muncul secara perlahan lahan. Nafas yang tercungap cungap tanda biasa pneumonia disebabkan virus.

Antara batuk biasa dengan batuk yang disebabkan pneumonia ada perbezaan yang perlu diketahui. Batuk biasa bunyinya tidak dalam berbanding batuk akibat pneumonia. Batuk pneumonia kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi. Kahak akan berhimpun penyebab kerap batuk disebelah malam. Penumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Bagaimanapun semua faktor itu bergantung pada usia.

Berikut adalah gejala pneumonia

1)      Demam, batuk lebih dari 5 hari,sss

2)      Anak tidak aktif dan kurang selera makan

3)      Muntah ( menandakan jangkitan yang kuat )

4)      Pernafasan akan berbunyi dan kelihatan seperti tercungap cungap.

5)      Sejuk

6)      Sakit dada

7)      Dalam kes yang serius, bibir dan kuku jari akan berwarna kebiruan atau kelabu

Komplikasi  Pneumonia.

1)      Bakteria dalam salur darah – Pneumonia boleh menyebabkan kematian apabila keradangan daripada penyakit ini memenuhi pundi udara dalam paru paru dan mengganggu keupayaan bernafas. Dalam sesetengah kes, jangkitan boleh masuk ke salur darah dan merebak ke bahagian organ lain.

2)      Paru paru bengkak dan bernanah mungkin dibuat dikawasan yang dijangkiti  pneumonia. Selalunya akan dirawat dengan antibiotik dan ada juga kes yang terpaksa xsmembuang paru paru.

3)      Pengumpulan cecair dan jangkitan sekitar paru paru – keadaan ini dipanggil sebagai “pleural effusion. Selalunya selaput paru paru akan membenarkan paru paru menggelongsor dengan mudah bersama dinding dada setiap kali bernafas.

Rawatan

Kanak kanak akan diberi  vaksin  menentang pneumonia. Di  Malaysia, vaksin pencegahan nya tidak disenaraikan dalam carta imunisasi  kebangsaan. Hanya mudah didapati di hospital swasta. Antibiotik juga adalah sebagai membantu melegakan kesakitan.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

 

You may also like...

2 Responses

  1. mas idayu says:

    Assalam..Nama saya Mas idayu, berumur 18 tahun. maaf saya ingin bertanya semenjak 1 minggu ini bapa saya telah mengesahkan oleh doctor bahawa dia mengidap jangkitan kuman dalam paru-paru.. di sini saya ingin bertanya adakah penyakit ini menyebabkan kerap muntah. Apabila bapa saya sesudah makan dalam masa sejam dia akan muntah.. boleh dikatakan berkali-kali dan setiap hari akan muntah.. adakah ini boleh dikaitkan dengan jangkitan kuman dalam paru-parunya itu? Dan apakah rawatan yang seharusnya perlu buat. Sekian, Terima Kasih

Leave a Reply to mas idayu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>