Psoriasis

oie_vePp2u3p5jCJ

Salam Jumaat semua! Apa khabar? Hari ini tcm ingin berkongsi dengan anda berkenaan dengan sejenis penyakit kulit yang sering dialami oleh masyarakat kita. Penyakit ini adalah sejenis penyakit kulit yang dikenali sebagai “Psoriasis”. Ok, apa itu “Psoriasis”? Psoriasis adalah sejenis penyakit yang menyebabkan keadaan kulit yang tidak normal.

Pesakit yang menderita psoriasis akan mengalami masalah kulit mereka yang menjadi lebih cepat menebal dari kulit yang normal. Antara kawasan-kawasan yang sering terjadi bagi penyakit ini adalah kulit kepala, siku, lutut, kuku dll. Tanda-tanda bagi penyakit ini adalah berbeza bagi setiap orang. Walaupun begitu, antara tanda-tandanya ialah :

oie_6MSesR2X5CxB

  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala
  • Merasa gatal pada bahagian tersebut
  • Terdapat tompokan seperti bersisik
  • Kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan

 

Disebabkan oleh tanda-tandanya seakan-akan penyakit kulit lain yang berjangkit seperti kurap. Ramai yang merasa takut untuk bergaul dengan mereka yang mempunyai masalah ini. Akan tetapi, perlu difahamkan penyakit psoriasis ini tidaklah berjangkit. Anda tidak akan dijangkiti penyakit ini walaupun anda bersentuhan dengan mereka.

Walaupun begitu, pesakit psoriasis tidaklah boleh memandang remeh akan hal ini kerana ia tidak menjangkiti orang lain. Selain daripada keadaan fizikal penyakit tersebut yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang itu, mereka juga hendaklah segera mendapatkan rawatan. Ini kerana, sekiranya tidak dirawat, ia mampu menjadi lebih teruk.

 

Penyebab Psoriasis

k12050576

Penyebab kepada penyakit ini secara umumnya masih belum diketahui. Akan tetapi, pakar perubatan banyak berpendapat ianya sedikit sebanyak berkaitan dengan gangguan autoimun yang mana sistem ketahanan tubuh badan itu sendiri yang menyerang sel-sel kulit yang sihat. Proses penggantian sel-sel kulit yang mati merupakan salah satu proses yang normal pada manusia.

Secara normalnya manusia akan mengalami proses penggantian sel-sel kulit tersebut sebanyak beberapa minggu sekali. Akan tetapi, ianya berlainan bagi pesakit psoriasis. Di mana, mereka mengalami proses tersebut dalam kiraan hari sahaja. Hal ini seterusnya menyebabkan berlakunya penumpukan sel-sel kulit yang secara tak langsung akan membentuk penebalan kulit.

 

Antara Faktor-Faktor Lain :

  • Kesan tindak balas daripada sesetengah ubat-ubatan
  • Tekanan
  • Mengalami kecederaan pada kulit
  • Perubahan cuaca
  • Jangkitan
  • Merokok

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>