5 Kelebihan Makanan Pedas

Hye :)

Korang suka tak makan makanan yang pedas kengkawan?  Bagi saya makanan yang pedas dapat membangkitkan lagi selera makan bagi saya.. tanpa sedikit kepedasan menu tersebut seperti tiada kelazatannya..

Untuk pengetahuan kengkawan semua makanan pedas nie tersimpan berbagai kelebihan yang ramai masyarakat tidak mengetahuinya.. okey kali nie saya akan berkongsi sedikit info mengenai kelebihan makan yang pedas nie.. antaranya adalah :

 

1. Menurunkan berat badan

Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.

 

2. Menyihatkan jantung

Menyihatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

 

3. Mencegah kanser

Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

 

4. Menurunkan tekanan darah

Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

 

5. Mengurangkan stress

Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

 

Jom ubah selera anda,tambahkan sedikit kepedasan dalam menu harian untuk kesihatan berpanjangan..

Selaian berbagai penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya secara tidak lansung dapat dielakkan..

Haiiiihhh untung bebenor orang yang suka makan pedas-pedas nie kan…!! termasuk juga saya… :P

 

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>