SUKAR TIDUR MALAM

Setiap manusia memerlukan tidur untuk merehatkan seluruh tubuh badan. ia merupakan keperluan dan juga di kira sebagai  ibadah bagi umat islam. Bererti tidur pun dapat pahala. Akan tetapi dalam ramai manusia dimuka bumi ini, terdapat juga golongan yang agak sukar untuk tidur di waktu malam. Waktu yang sebaiknya untuk seseorang dewasa itu tidur adalah antara 7 ke 8 jam satu malam.

Antara faktor yang menyumbang kepada  seseorang itu sukar tidur adalah:-

  • Banyak sangat berfikir
  • Terlalu merisaukan sesuatu perkara yang bakal terjadi esok (Contoh nak ambil keputusan SPM)
  • Orang yang kuat membaca (memang ramai kaki buku sukar tidur awal)
  • Menonton TV terlalu lama sehingga terlepas waktu sepatutnya tidur
  • Minum kopi/nescafe sebelum tidur.
  • Berinternet
  • Kurang membuat kerja yang agak memerah tenaga atau otak disebelah siang. Jika seseorang itu bila di siang hari nya kuat bekerja memerah tenaga atau otak, bila pulang ke rumah, duduk je pun dah boleh terlelap.
  • Berkemungkinan tempat tidur yang tidak selesa atau bising
  • Kurang kenyang bila makan di awal malam. Nak tidur pun perut asyik bunyi.
  • Sebelah siang dah bantai 8 jam tidur. Jawabnya memang tak tidur lah sebelah malam

Sukar tidur malam ini adalah sejenis masalah yang berpunca daripada diri kita sendiri. kesan kesan yang berlaku dari masalah ini adalah

  • Prestasi kerja menurun
  • produktiviti terganggu
  • kesihatan merosot.

Disini saya kongsikan sedikit petua untuk memudahkan tidur dimasanya.

  • Pastikan  mandi sepuas puasnya sebelum pukul 7PM. Sebab kesegaran badan akan membantu anda tidur lena.
  • Cuba membaca. Jika anda bukan seorang yang membaca buku, saya jamin tak sampai setengah jam, anda akan lelap akhirnya.
  • Jangan fikirkan perkara lain selain benda yang merehatkan anda.
  • Cuba penat kan diri anda di sebelah siang. sama ada penat otak atau pun tubuh badan.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>