Penyakit Pemfigoid Bulosa

oie_mnWk29Qrs89k

Hyep semua, terima kerana membaca. Artikel kesihatan yang ingin tcm kongsikan hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit “Pemfigoid Bulosa”. Pemfigoid bulosa adalah sejenis penyakit kulit yang jarang terjadi. Pada permulaannya, pesakit pemfigoid bulosa akan mengalami kemerah-merahan atau ruam pada kulit mereka.

Setelah itu, kawasan tersebut akan berubah menjadi bisul yang besar setelah beberapa minggu atau bulan. Sekiranya pesakit tidak menjalani sebarang rawatan dan keadaan ini dibiarkan berpanjangan, penyakit ini dapat berubah menjadi lebih teruk.

 

Gejala Pemfigoid Bulosa

  • Kulit mengalami kemerah-merahan
  • Mengalami bisul biasanya pada ketiak, tangan, perut, bahagian dalam paha dan kaki
  • Kulit mengalami gatal-gatal
  • Merasa seperti terbakar pada kawasan kulit yang terlibat
  • Kemunculan lepuh besar yang tidak mudah pecah apabila disentuh

 

Penyebab Pemfigoid Bulosa

Penyebab kepada penyakit ini masih lagi belum dapat dikenalpasti. Sistem imun tubuh badan kebiasaannya akan menghasilkan antibodi bagi melawan bakteria, virus atau benda asing yang terdapat di dalam tubuh badan kita. Diatas sebab yang tidak dapat dikenalpasti, bagi kes pemfigoid bulosa, sistem imun akan menghasilkan antibodi untuk membran kulit.

Iaitu lapisan nipis serat yang menghubungkan lapisan luar kulit (epidermis) dan lapisan kulit lain (dermis). Antibodi ini seterusnya menyebabkan terjadinya keradangan dan lepuh gatal pada kulit seseorang itu.

 

Faktor Pendorong Pemfigoid Bulosa

  • Kesan sampingan ubat-ubatan seperti:
    • penisilin
    • etanercept (enbrel)
    • sulfasalazine (azulfidine)
    • furosemide (lasix)
  • Pendedahan terhadap radiasi seperti :
    • terapi sinar ultraviolet
    • terapi radiasi rawatan kanser
  • Berusia 60 tahun dan ke atas

 

Langkah Mengatasi Pemfigoid Bulosa

Bagi penderita penyakit pemfigoid bulosa, disini tcm nak kongsikan beberapa tips yang anda boleh amalkan di dalam mengatasi penyakit ini. Antaranya ialah seperti mencegah daripada kawasan kulit yang terkena penyakit ini terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. Selain itu, anda hendaklah memastikan supaya kulit yang mengalami penyakit ini sentiasa bersih.

Anda juga perlulah memakan ubat-ubatan yang telah diberi oleh doktor supaya dapat melawan penyakit ini dengan lebih efektif. Sekiranya anda mengalami sebarang tanda atau gejala yang belum dialami sebelum ini, segeralah berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjutan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=pemfigoid+bulosa

https://hellosehat.com/benh/pemfigoid-bulosa/

http://www.sehatfresh.com/pemfigoid-bulosa/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>