MAKANAN SEGERA #BAIK-BURUK#

fastfood

Makanan segera atau dipanggil jajan ini kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana mengandungi  hanya sedikit khasiat pemakanan. Tidak salah jika makanan segera ini diambil sekali sekala kerana kurang memudaratkan . jika diambil kerap boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa disedari  ia akan mendedahkan seseorang kepada penyakit. Antaranya ialah sembelit, gigi rosak, obesity, darah tinggi, urat tersumbat, jantung dan kanser usus.

Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditif yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan kedalam makanan bertujuan meningkatkan kualiti, menambahkan kesedapan dan tahan lama.

Makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemak yang berlebihan. Contohnya burger mengandungi lebih 35% lemak. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Makanan segera hanya mengandungi sedikit kalori dan tiada satu zat pun. Hanya mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar  untuk digunakan oleh tubuh badan. Bagi kanak kanak pula, pengambilan makanan yang kosong kalori boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain.

Kesimpulannya adalah makanan segera bukanlah satu pilihan yang baik kerana kandungan yang tidak berkhasiat.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>