Myasthenia Gravis

oie_mtMYwWucLT4x

Apa itu myasthenia gravis?

Myasthenia gravis adalah sejenis penyakit autoimun (gangguan pada sistem imuniti badan). Secara umumnya, penyakit ini berlaku akibat daripada kerosakan perhubungan antara saraf dan juga otot. Ianya boleh dikategorikan sebagai salah satu penyakit kronik. Penyakit kronik ini biasanya ditandai dengan kelemahan otot-otot utama badan dan juga keletihan.

Penyakit kronik ini dapat terjadi pada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Akan tetapi, penyakit ini kebanyakannya dihidapi oleh wanita yang berumur 40 tahun ke bawah serta lelaki yang berumur 60 tahun ke atas.  Mengikut kajian, wanita mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi daripada lelaki untuk menghidapi penyakit myasthenia gravis ini.

yellow-onion-head-emoticon-01

Keadaan otot yang lemah ini merupakan gejala utama kepada penyakit myasthenia gravis. Hal ini boleh menjadi lebih serius sekiranya otot yang lemah tersebut sering digunakan. Gejala kelemahan otot ini biasanya terjadi secara berperingkat dengan tahap keparahan yang berbeza-beza bagi setiap pesakit. Walaupun begitu, tahap keparahannya akan semakin meningkat seiring dengan berjalannya waktu.

Gejala kelemahan otot biasanya tidak mendatangkan kesakitan buat penderita myasthenia gravis. Namun, ada sesetengah pesakit yang merasa sakit apabila mereka melakukan sebarang aktiviti fizikal. Antara otot-otot utama yang sering diserang penyakit ini adalah otot mata, otot wajah dan otot yang mengendalikan proses kita untuk menelan makanan.

 

Gejala2 Myasthenia Gravis :

0011

  • Penglihatan jadi berganda atau kabur
  • Sukar untuk menelan dan mengunyah
  • Sukar bernafas ketika baring atau melakukan sebarang aktiviti
  • Otot tangan, kaki dan leher menjadi lemah
  • Salah satu atau kedua-dua kelopak mata turun
  • Perubahan suara menjadi sengau atau perlahan
  • Ekspresi wajah terbatas (sukar untuk senyum)

oie_trans

Penyebab kepada berlakunya myasthenia gravis adalah kerana sistem kekebalan tubuh pada penderita penyakit ini menghasilkan antibodi yang menghalang fungsi atau menghancurkan sel-sel saraf pada otot. Sebab keabnormalan antibodi ini masih belum dapat dipastikan. Walaubagaimanapun, menurut kajian yang dilakukan…

Asetilkolin ialah sebatian neurotransmitter yang boleh mengaktifkan reseptor otot menguncup. Sekiranya fungsi kerjanya diganggu oleh antibodi, saluran perhubungan antara saraf dan otot akhirnya akan terputus sehingga para penderita penyakit myasthenia gravis akan mengalami lemah otot serta mudah letih.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>