KECACINGAN PADA KANAK KANAK

Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah dikalangan kanak kanak. Terutama yang selalu keluar rumah tanpa memakai selipar, makan macam macam yang tidak dimasak dengan sempurna terutama dikawasan rumah yang kurang bersih atau kawasan setinggan atau laman yang bertanah.

 

cacing 2

Cacing yang popular yang selalu menyerang kanak kanak di Malaysia :-

1-      Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang. Boleh memasuki hati dan paru paru

2-      Cacing Kerawit (Necator Americanus) – ada gigi yang tajam. Masuk melalui kaki. Kuat hisap darah

3-      Cacing benang – selalu melekat dikawasan dubur. Halus

4-      Cacing pita -  macam pita, pipih tapi panjang. Susah nak dibunuh.

 

cacing

Antara tanda tanda anak anak yang kecacingan ialah (bergantung pada jenis cacing)

1-      Keluar cacing pada najis atau anampak cacing pada najis

2-      Kegatalan terutama pada kawasan punggung, kerap pada waktu malam.

3-      Sakit perut, cirit birit, lemah badan, kembung.

4-      Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada.

5-      Batuk batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asma(cacing diparu paru)

6-      Demam, ruam, alahan

7-      Kaki gatal, sakit dan ada ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

8-      Anak anak tidur menonggeng ( ini tidak sahih. Ini hanya petua sahaja )

cacing1

 

Tindakan yang diperlukan;-

1-      Jumpa doktor untuk mengambil ubat

2-      Semu ahli keluarga harus makan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah.

3-      Potong kuku pendek

4-      Basuh sayur sayuran bersih, masak betul betul terutama daging.

5-      Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah.

6-      Sekiranya ada haiwan peliharaan, periksa badan dan tapak kaki nya

7-      Amalkan basuh tangan sebelum dan selepas makan

8-      Juga cuci tangan bersih bersih selepas buang air besar

9-      Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menhilangkan telur cacing yang ada

 

Ubat untuk kecacingan

1-      Albendazole / mebendazole – ubat ini tidak diserap didalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil. Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang diperlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya.

2-      Pirantel Pamoate – ubat ini juga tidak larut di dalam air. Ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama sama dengan najis.

 

Oleh itu jika anak anada mengalami tanda tanda masalah kecacingan , segeralah ke klinik/hospital. Jangan jadikan anak anda mangsa cacing.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>