Kenali Bruxism
Selamat petang semua, dah makan tengahhari ke semua tu. Pada artikel kali ini, tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai bruxism. Bruxism merupakan satu kebiasaan buruk yang mana seseorang itu sering menekan atau menggesek gigi mereka secara tidak sedar. Ianya dapat dilakukan dari arah atas bawah atau kiri dan kanan. Keadaan ini biasanya terjadi ketika seseorang itu tidur.
Pada tahap awal, bruxism tidak memerlukan rawatan yang khusus. Akan tetapi, sekiranya keadaan tersebut berlanjutan sehingga menjadi kebiasaan. Anda perlu segera mendapatkan rawatan. Ini kerana, perbuatan ini dapat menyebabkan kesan yang buruk terhadap pesakit.
Gejala-Gejala Bruxism
- Sakit pada bahagian rahang
- Sakit pada bahagian telinga
- Sakit kepala
- Mengalami gangguan makan
- Insomnia (susah tidur)
- Gigi menjadi semakin sensitif
- Enamel gigi menghaus
- Gigi retak serta longgar
- Muncul lekukan-lekukan di lidah
- Sukar untuk membuka mulut
Penyebab Bruxism
Bruxism tidak berlaku sepanjang masa. Akan tetapi, bruxism biasanya terjadi saat seseorang itu dalam keadaan tertentu contohnya ketika sedang tertekan (stress), memikirkan sesuatu, cemas dan gelisah. Setelah perkara ini berlanjutan, ianya dapat terjadi ketika mereka sedang tidur. Bruxism sebenarnya juga termasuk sebagai salah satu gangguan tidur.
Antara faktor-faktor fizikal dan psikologi lain yang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami bruxism antaranya seperti personaliti yang agresif, gangguan tidur (insomnia dan sleep apnea), susuan gigi yang kurang rata diantara atas dan bawah, kesan sampingan ubat-ubatan dan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum minuman beralkohol atau mengambil dadah.
Selain daripada faktor-faktor di atas, bruxism juga dapat terjadi pada kanak-kanak ketika pertama kali mereka tumbuh gigi. Kebiasaan bruxism akan berulang ketika mereka mula memiliki gigi kekal. Kebiasaanu ini biasanya akan terhenti setelah mereka mula memasuki usia remaja. Selain daripada faktor penyebab di atas, bruxism yang terjadi pada kanak-kanak turut dapat disebabkan oleh :
- Malnutrisi
- Alahan
- Gangguan cacing yang teruk
- Gangguan endokrin
Kesan Buruk Bruxism
- Gigi patah
- Gangguan pada telinga
- Gangguan pada rahang
- Perubahan bentuk wajah
- Radang sendi temporomandibular
- Gigi longgar
- Rasa sakit pada beberapa kawasan di wajah
Langkah Atasi Bruxism
Pada kebanyakan pesakit yang mengalami masalah bruxism, mereka tidak perlu melakukan sebarang rawatan. Ini kerana bruxism dapat sembuh dengan sendirinya. Akan tetapi, sekiranya keadaan bruxism yang dialami pesakit menjadi serius atau berpanjangan, terdapat beberapa langkah yang boleh anda amalkan bagi mengatasi bruxism. Antaranya adalah :
- Berjumpa dengan doktor
- Menggunakan pelindung mulut (mouth guard)
- Menggunakan crown gigi untuk memperbaiki susunan dan permukaan gigi
- Kawal emosi dengan mengurangkan stress
Langkah Pencegahan Bruxism
- Elakkan dari minum minuman beralkohol
- Elakkan juga minuman yang mengandungi tinggi kafein
- Hindari tabiat menggigit pensel atau pen
- Lakukan pemeriksaan gigi anda secara berkala di klinik atau hospital
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=penyakit+bruxism
http://halogigi.com/bruxism
http://www.alodokter.com/bruxism