GASTRIK

 

gastrik1

Tekanan , rangsangan atau tindak balas daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan bengkak di kawasan permukaan perut. Bengkak  yang timbul akibat daripada tindak balas ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur atau menghadam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak  menghadam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara mencerna permukaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan dan kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.
Bagaimanapun, katanya pembengkakan permukaan perut boleh disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu .Ubat steroid dan bukan steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional Melayu dan Cina juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi gastrik.

gastrik2

 

Punca punca gastrik:-

1-     Merokok

2-      Minuman beralkohol

3-      Jangkitan bacteria

4-      Tekanan

5-      Makan tidak mengikut waktu

6-      Kesan ubat

 

Tanda tanda gastric

1-      Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.

2-      Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan.

Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala

3-      Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.

4-      Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.

5-      Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.

6-      Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

 

Gastrik terbahagi kepada 3 iaitu:-
Gastrik  ringan
Inflamasi (bengkak) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Gastrik berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.

 

Rawatan penyakit gastrik:

1-      Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 12.00 tengahari

2-      Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

3-      Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau

4-      Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yis seperti roti, donat, pau, piza dll

5-      Elakkan makan terlalu kenyang

6-      Elakkan cuka, makanan yang pedas

7-      Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

8-      Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.

9-      Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>