Tips Kecantikan : 8 Tips Putihkan Kulit

oie_DshL3miwKJJN

Cantik merupakan sesuatu yang subjektif. Cantik pada mata seseorang ini tidak bermakna cantik di mata seseorang yang lain. Walaupun begitu, boleh dikatakan ramai di antara kita yang berpendapat mereka yang mempunyai kulit yang putih boleh dikategorikan sebagai seorang yang cantik. Oleh itu, terdapat ramai wanita yang mencuba pelbagai cara agar dapat memutihkan kulit mereka.

Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan produk yang menjanjikan kulit yang putih dan cantik kepada mereka yang menggunakannya. Di dalam ratusan dan ribuan produk tersebut, terdapat juga produk yang mengandungi bahan-bahan yang berbahaya kepada penggunanya. Disebabkan itu, tcm nak kongsikan dengan anda semua 8 tips semulajadi yang dapat diamalkan bagi memutihkan kulit.

 

8 Tips Putihkan Kulit

1. Air Beras

Air beras yang dimaksudkan disini ialah air bilasan ketika kita mencuci beras. Ketika kita mencuci beras untuk masak nasi, asingkan air bilasan beras tersebut ke dalam bekas lain dan jangan dibuang. Air beras ini sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat untuk kecantikan. Air beras ini mampu untuk haluskan dan putihkan kulit anda. Caranya :

  • Ambil air beras tersebut dan amalkan untuk berendam di dalam air bilasan beras tersebut selama 15-20 minit setiap hari
  • Lakukan sehingga kulit anda kelihatan semakin cerah

 

2. Lobak, Limau Nipis dan Kuning Telur

Cara menggunakan tiga bahan ini ialah :

  • Ambil setengah biji lobak dan potong kepada beberapa bahagian
  • Kisar lobak bersama limau nipis dan kuning telur
  • Pastikan semua bahan sebati dan sapukan pada kulit wajah
  • Biarkan selama setengah jam dan bersihkan muka dengan air bersih

 

3. Betik

Untuk pengetahuan semua, selain memutihkan, betik juga dapat menghaluskan kulit kita. Caranya ialah :

  • Ambil buah betik dan kisarkan sehingga halus
  • Ambil kisaran tersebut dan sapukan pada wajah
  • Setelah sapu, biarkan ia sehingga kering selama 15 minit
  • Sete;ah kering, bilas muka anda dengan air bersih

 

4. Beras, Madu Lebah dan Teh Pekat

Cara menggunakan tiga bahan ini ialah :

  • Ambil dua sudu beras dan kisar sehingga halus
  • Campurkan juga satu sudu madu lebah dengan sedikit teh pekat
  • Gaul ketiga-tiga bahan tersebut sehingga menjadi krim
  • Sapukan krim tersebut pada wajah anda dan biarkan ia kering
  • Setelah itu, bersihkan wajah anda dengan air

 

5. Rendaman Limau Nipis

Limau nipis mempunyai pelbagai khasiat. Cara untuk memutihkan kulit dengan menggunakan limau nipis ialah :

  • Hiriskan beberapa biji limau nipis
  • Rendamkan limau nipis tersebut di dalam baldi berisi air selama 40 minit
  • Mandi air rendaman limau nipis tersebut
  • Amalkan selalu

 

6. Telur Ayam, Minyak Kelapa dan Madu Lebah

Cara menggunakan tiga bahan ini ialah :

  • Ambil sebiji telur ayam dan pukul bersama satu setengah cawan minyak kelapa dan satu sudu madu lebah
  • Kacau ketiga-tiga bahan tersebut sehingga sebati
  • Kemudian, simpan bahan tersebut di dalam peti sejuk selama sejam
  • Selepas itu sapukan sebatian tersebut pada wajah dan biarkan selama 30 minit
  • Bersihkan dengan air

 

7. Beras Pulut

Cara menggunakan beras pulut ialah :

  • Goreng beras pulut sehingga kekuningan tanpa menggunakan minyak
  • Tumbuk atau kisar beras tersebut sehingga menjadi serbuk
  • Selepas itu, bancuh serbuk tersebut dengan menggunakan air kosong
  • Sapukan pada wajah seperti penggunaan bedak sejuk
  • Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih

 

8. Susu Tepung

Cara menggunakan susu tepung ialah :

  • Campurkan dua setengah sudu air berish dengan setengah cawan susu tepung
  • Gaul kedua-dua bahan sehingga sebati dan sapukan pada muka
  • Biarkan selama 10 minit dan selepas itu cuci muka dengan menggunakan air bersih
  • Lakukan rutin ini selama dua atau tiga kali seminggu untuk kulit lebih cerah

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+cerahkan+kulit

http://intrend.com.my/gaya-hidup/kesihatan/8-petua-asli-paling-berkesan

http://mrtengkuasmadi.com/cara-putihkan-kulit/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>