Kenali Disartria
Hai semua, tajuk yang akan tcm kongsikan pada hari ini adalah mengenai suatu keadaan yang dikenali sebagai disartria. Disartria adalah suatu keadaan di mana penderita akan mengalami gangguan artikulasi yang disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf pusat mereka yang secara langsung mengawal aktiviti-aktiviti otot yang berperanan di dalam proses pembentukan suara percakapan.
Antara tanda umum yang dialami oleh penderita disartria adalah seperti percakapan yang perlahan, tidak jelas atau sukar untuk difahami.
Penyebab Disartria
Penderita disartria akan mengalami kesukaran bagi menggerakkan otot-otot mulut, wajah atau sistem pernafasan pada bahagian atas yang mengawal kemampuan untuk bercakap. Sebab-sebab umum yang dapat menyebabkan berlakunya disartria ialah stroke, kecederaan pada otak, tumor otak, serta lain-lain keadaan yang dapat menyebabkan kelumpuhan pada wajah atau lidah atau juga kelemahan pada otot tekak.
Selain daripada itu, berikut disenaraikan juga beberapa jenis penyakit yang dapat mendorong kepada berlakunya disartria. Antaranya ialah :
- Sindrom Guillain-Barre
- Penyakit Huntington
- Penyakit Lyme
- Multiple Sclerosis
- Myasthenia Gravis
- Penyakit Parkinson
- Penyakit Wilson
Gejala-Gejala Disartria
- Air liur berlebihan ketika bercakap
- Percakapan menjadi lambat
- Percakapan terlalu cepat serta sukar difahami
- Suara menjadi serak, sengau atau tegang
- Sukar menggerakkan lidah atau otot-otot wajah
- Suara perlahan seperti berbisik
Komplikasi Disartria
Antara komplikasi-komplikasi yang dapat dialami oleh penderita disartria ialah seperti masalah komunikasi. Penderita akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain disebabkan keadaan percakapan mereka yang sukar difahami. Oleh kerana sukar untuk berkomunikasi, penderita disartria secara tidak langsung akan mengalami masalah untuk bersosial.
Disartria juga berpotensi membuatkan seseorang itu menjadi tertekan serta mengalami masalah seperti kemurungan.
Tips Buat Penderita Disartria
- Cuba untuk memendekkan percakapan anda supaya tidak mengalami kelelahan ketika bercakap
- Mulakan percakapan anda dengan perlahan serta dimulakan dengan satu perkataan yang melambangkan topik percakapan anda
- Belajar beberapa jenis isyarat tangan yang dapat digunakan di dalam membantu percakapan anda agar lebih mudah difahami
- Menggunakan alat pembantu ketika bercakap seperti pensel dan kertas kecil
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://www.sehatfresh.com/disartria/