Penyakit Lupus
Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali penyakit lupus. Penyakit lupus merupakan sejenis penyakit autoimun kronik iaitu dimana sistem ketahanan tubuh badan seseorang itu menjadi keliru dan mula menyerang tisu dan organ tubuh badan sendiri.
Antara bahagian tubuh badan yang berpotensi tinggi untuk diserang penyakit ini adalah seperti kulit, sendi, sel darah, paru-paru dan jantung.
Gejala-Gejala Penyakit Lupus
- Merasa sakit pada bahagian sendi
- Bintik merah pada hidung dan pipi yang berbentuk seperti kupu-kupu
- Sensitif terhadap cahaya matahari
- Sering merasa terlalu letih
- Mengalami masalah sesak nafas yang teruk
Penyakit lupus bukanlah sejenis penyakit yang berjangkit dan bukanlah juga sejenis penyakit keturunan. Walaupun begitu, penyakit ini sangatlah berbahaya hingga mampu mengancam nyawa penderitanya. Penyakit lupus sering ditemui menyerang wanita yang berusia diantara 15-50 tahun (umur waktu subur). Akan tetapi, penyakit ini dapat juga terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau jantina.
3 Jenis Penyakit Lupus
- Lupus eritematosus diskoid (discoid lupus erythematosus/DLE)
- Lupus yang disebabkan kesan sampingan ubat-ubatan
- Lupus eritematosus sistemik (systemic lupus erythematosus/SLE)
Faktor Penyebab Penyakit Lupus
Secara umumnya, penyakit lupus disebabkan oleh sistem ketahanan tubuh badan yang menjadi keliru dan mula menyerang tisu serta organ sihat yang terdapat di dalam tubuh badan seseorang itu. Akan tetapi, penyebab utama mengapa keadaan ini terjadi, masih lagi belum dapat dikenalpasti. Walaupun begitu, terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti mampu mendorong kepada keadaan ini.
Faktor Pendorong Penyakit Lupus
1. Ubat-Ubatan : Kesan daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat anti-kejang, tekanan darah dan antibiotik.
2. Sinaran Matahari : Individu yang sering terdedah kepada cahaya matahari dapat mengalami luka-luka pada kulit mereka atau sebarang tindak balas dalaman yang mana ianya merupakan gejala bagi penyakit ini.
Langkah Pencegahan Penyakit Lupus
- Elakkan daripada sering stress atau tertekan
- Kurangkan waktu kerja yang berlebihan
- Elakkan memakan sebarang ubat-ubatan yang mendorong kepada penyakit lupus
- Elakkan daripada sering terdedah kepada cahaya matahari
- Baca banyak info mengenai penyakit lupus
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://penyakitlupus.org/
http://www.alodokter.com/lupus
http://mediskus.com/penyakit/lupus-pengertian-penyebab-gejala-pengobatan